ABOUT ME

Saya merupakan seorang graduan Lulusan bidang pemakanan daripada Universiti Putra Malaysia. Sebagai seorang yang menerima pendidikan formal dalam bidang pemakanan, saya percaya kita adalah apa yang kita makan. Makanan akan menentukan tahap kesihatan kita. Jadi, saya amat menitikberatkan makanan yang saya ambil bagi memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik.

Walau bagaimanapun, semasa mengandungkan cahaya mata saya yang kedua, kesihatan saya tidak begitu memuaskan, tahap hemoglobin yang rendah selain daripada saya sentiasa mengalami lenguh- lenguh di kaki dan pinggang. saya juga kerap mengalami kekejangan terutama sewaktu dinihari. saya juga amat letih sehinggakan apabila balik sahaja dari kerja, kami sekeluarga terpaksa makan diluar kerana saya amat letih untuk memasak dan menguruskan rumah walaupun saya telah mengambil supplemen yang dibekalkan oleh pakar O&G saya.

Mulai itu, saya mula mencari-cari produk kesihatan yang dapat membantu mengatasi masalah saya terutama keletihan yang melampau dan juga masalah kekejangan yang dialamai. Alhamdulillah setelah mencari-cari, saya mula mencuba menggunakan produk Shaklee. Kesannya sangat mengagumkan, keletihan yang dialami semasa mengandung sepertimana anak pertama dapat diatasi, setelah seharian bekerja saya masih lagi terasa bertenaga untuk memasak sebaik pulang dari kerja pada waktu petang. Keadaan ini cukup membantu saya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah kelahiran anak kedua saya. 

Anak kedua saya tidak dapat dilahirkan secara normal sebaliknya terpaksa melalui pembedahan Cesarian sama seperti anak pertama. Sepertimana penjelasan oleh pakar sakit puan yang merawat saya, pembedahan Cesarian kali kedua menyebabkan pendarahan yang agak banyak dan saya terpaksa ditahan selama empat hari di wad untuk pemantauan rapi akibat kehilangan darah. Alhamdulillah, saya tidak perlu melalui pemindahan darah dan dibenarkan keluar wad selepas empat hari, seterusnya saya menggunakan produk Shaklee bagi tujuan mengatasi masalah kekurangan darah dalam badan dan syukur kerana ianya ternyata berkesan di mana kekurangan haemoglobin darah dapat diatasi. 

Selain daripada itu, produk Shaklee yang digunakan oleh saya juga telah dapat mengatasi masalah parut mengandung di bahagian abdomen, selulit di bahagian pinggul, paha dan betis. Sungguh menakjubkan, saya yang dahulunya tidak begitu yakin dengan produk produk kesihatan selain daripada yang diberikan oleh klinik dan hospital kini mula mengamalkan penggunaan produk Shaklee ini untuk pelbagai tujuan penjagaan kesihatan badan untuk sekeluarga. Shaklee telah membuka mata saya terhadap kehebatan vitamin demi memastikan kesihatan tubuh badan yang berkekalan yang tidak dapat dinilai oleh wAng ringgit sekiranya badan kita mula dilanda penyakit. Kos yang lebih banyak yang perlu dikeluarkan apabila dilanda penyakit belum tentu dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan seperti sedia kala bak kata pepatah lama mencegah adalah lebih baik daripada merawat, marilah sama sama kita menyayangi diri kita denagan menjaga kesihatan tubuh badan kita.

No comments: